Nak duit tambahan ?

Tuesday, 28 August 2012

Antara aktiviti kewangan tidak sah yang bolehdilaporkan kepada BNM ialah:


  • Pengambilan deposit secara tidak sah
  • Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
  • Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
  • Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
  • Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
  • Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.


              Sumber:BNM

Tuesday, 14 August 2012

PENIPUAN MELALUI INTERNET


enayah siber bukanlah perkara baru. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi melibatkan masalah antarabangsa. Banyak kes melibatkan jenayah siber telah dikesan, malah, ramai rakyat Malaysia juga menerima akibat daripada aktiviti jenayah yang menggunakan ruang siber sebagai mediumnya.
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet.
Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakkan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, majalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastuktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.
Perbezaan antara internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

Klasifikasi Jenayah Siber

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi Input, Pemprosesan Data,  Operasi Output dan Komunikasi Data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar adalah seperti :-
  1. Penipuan
  2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
  3. Kecurian maklumat.
  4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
  5. Menyalin perisian secara tidah sah.
  6. Pengintipan
  7. Judi siber
  8. Skim Cepat Kaya
  9. Pornografi
  10. Penggodam atan "hackers"
  11. Penyebaran Virus
Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer. Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung.  Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah :-
  1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
  2. Kepentingan ekonomi
  3. Berbeza takrifan jenayah
  4. Kepentingan ketenteraan
  5. Sikap manusia "Human attitude"

Jenayah komputer
Merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.
Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali Internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Contoh contoh jenayah komputer :-
  • Penipuan (komputer) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer.
  • "Spamming"  iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun e-mel mangsa.
  • "Phising"  iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit pengguna.
  • Melancarkan perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari, sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk melancarkan tetingkap "pop-up" iklan secara berterusan.
  • Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran (pencerobohan komputer).
  • Perisikan Perindustrian
  • Menghasil dan menyebarkan virus komputer
  • Teknik "Salami"  iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat kecil.
  • Kuda "Troy'
  • Cetak Rompak

Monday, 6 August 2012

Tokoh Korporat Bumiputera


Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukansahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.
.
Tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang beliau.Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempatketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.
.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliaubermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.
.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.
.
Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
.
Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.
.
Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.
.
Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.