Nak duit tambahan ?

Friday, 29 June 2012

Osman Kering meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.
Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.
Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.
Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah “Kantoi”, “Senario The Movie Episod 1″, “Tentang Bulan” dan “Man laksa”.
Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.
“Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual,” katanya.
Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.
“Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti,” katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri. – Bernama

Thursday, 28 June 2012

Hero filem Leftenan Adnan sertai Pas


SHAH ALAM – Program Himpunan Hijau Pas Johor yang akan diadakan di Kempas, Johor Bahru esok bakal menerima seorang lagi artis – Hairie Othman, yang akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.
Dia akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, antara pemimpin parti yang akan hadir adalah Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfoz Muhammad.

Tuesday, 26 June 2012

Buat pengakuan berzina


ZINA adalah dosa besar dan perbuatan jenayah dalam Islam. Pelakunya pula boleh dikenakan hukum hudud apabila ia sabit sama ada dengan keterangan saksi dan pengakuan penzina sendiri.
Pengakuan zina tidak boleh sekadar rekaan dan main-main kerana membabitkan hukum Islam dan maruah dan kehormatan seseorang. Islam melarang untuk berbuat demikian kerana ia juga membabitkan tuduhan zina (qazaf) kepada orang lain.
Semuanya mempunyai implikasi dan akibat sendiri dalam hukum Islam. Dalam kes pengakuan zina, seseorang itu dibenarkan menarik balik pengakuan itu selepas diberi peluang untuk menarik balik sebanyak empat kali menurut sebahagian ulama (Paizah Haji Ismail 1996: 189-91).
Sekiranya dia tidak menarik balik pengakuan itu, hukum zina dilaksanakan atasnya. Atas alasan ini, saudara boleh menerima penarikan balik pengakuan zina berkenaan.
Islam melihat bahawa maruah dan kehormatan diri perlu dijaga supaya tidak timbul fitnah dan sebagai kepada individu Muslim.