Nak duit tambahan ?

Tuesday, 29 May 2012

Wakil rakyat

Pada suatu hari Pak Ali(bukan nama bet0l)telah k0ma dan didalam k0manya muncul seek0r haiwan hitam gelegam tahap gaban.Mahkluk itU telah membawanya berjalan2 ke tempat yg aneh.Tempat itU dipenuhi jam.Ada yg bulat,petak,3 segi dan mcm2 ag.Dia terlihat sebuah jam,Pak Ali pelik kenapa jarum jam ni mati?Lalu Pak Ali bertanya kepada mahkluk itU.Wahai mahkluk hitam gelegam kenapa jarum jam ini mati?.Lalu mahkLuk itU berkata"semua jam disini menunjukKan seberapa kerap manusia membuat dosa.Jam yg mati itU adalah milik seorang yg alim."kata mahkluk itu.Lalu Pak Ali terkejuT melihat sebuah jam yg begitU laju.Pak ali bertanya mahkLuk itU"wahai mahkluk aneh milik siapakah jam itu?."itU jammilik seorang pelacur Pak Ali.Lalu pak Ali berkata"owh patUt la lalu.Pak Ali banyak melihat jam,jam yg digunakan untUk mengira d0sa.Setelah puas melawat tiba masa untuk balik.Pak Ali dibawa mahkluk itU keluar dr tempat itU didalam perjalan Pak Ali terjumpa sebuah kipas diatas siling tempang itU.Lalu Pak Ali berkata"bagus bet0l tempat ni dalam perjalanan balik p0n ada kipas ye?."eh itU bukan kipas itU jam seorang wakil rakyat"kate makLuk itU selamber.Wakaka org kate wakil rakyat banyak menipu! 

Saturday, 12 May 2012

Artis kena pandai cari peluang


Dalam rungutan banyak pihak pasal kepayahan cari makan dalam bidang seni akibat bersaing dengan teknologi, ramai juga yang berjaya. Ramai yang mengorak satu demi satu kejayaan. Siapa yang berjaya itu? Rata-ratanya pastilah yang mempunyai mutu tersendiri dtambah usaha merek ayang tidak kenal putus asa.
Dalam bidang apa sekalipun kalau buat sambil lewa pasti tak akan menjadi. Janganlah pula ada yang bersungguh-sungguh nak berhimpun pula. Ataupun ada yang mahu mencari kesalahan orang lain dan membuat havoc.
Penyanyi Yuna hari ini kerap ke Amerika Syarikat kerana urusan menyiapkan album serta mempromosikan diri di negara orang. Di sini muzik Yuna semakin diterima dan kelainan yang ada dalam diri penyanyi yang berkebolehan mencipta lagu dan menyusun muzik itu diterima oleh orang luar.
Muzik Yuna mungkin ada yang tak berapa gemar sebab ada yang mengatakan ia terlelu advance berbanding jiwa pendengar kita yang masih lagi menyukai muzik jiwang yang merintih dan mendayu-dayu. Sebab itulah muzik pop rock jiwang dari Indonesia semakin diterima. Padahal konsep itu sudah pernah dihasilkan oleh kumpulan muzik kita pada era awal 90-an dulu. Nak buat macam mana sebab orang sudah suka, maka itulah lagu yang kerap diputarkan oleh stesen radio.
Malah ada pihak yang berebut mengakui merekalah yang mempopularkan lagu Sudah Cukup Sudah nyanyian Nirwana Band di Malaysia. Kumpulan baru dari Indonesia itu semakin mendapat tempat apabila lagu mengisahkan lara hati seorang lelaki yang ditinggalkan oleh orang yang disayangi itu makin popular. Lagunya juga sudah mula mendaki tangga carta lagu.
Artis remaja Dafi juga sanggup berhijrah ke Jakarta, Indonesia demi mengejar peluang yang terbuka depan matanya. Dafi sudah dikenali di sana apabila iklan ais krim yang dilakonkannya bersama Gita Gutawa mendapat perhatian. Lagu nyanyiannya bersama Gita untuk iklan tersebut juga memperkenalkannya kepada orang sana.
Sekarang dia mengendalikan sebuah program berkonsep hiburan. Dia diikat oleh sebuah stesen selama setahun. Pasti banyak kerja menantinya dalam tempoh itu. Dalam masa yang sama Dafi juga mengintai peluang unuk merakam lagu di sana. Penglibatannya sebagai pengacara Selebrita Siang membolehkannya mengenali karyawan Indonesia dengan lebih dekat.



Thursday, 3 May 2012

Bob Kuman meninggal dunia

Berita sedih untuk malam jumaat. Pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau nama penuhnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Arwah di kediamannya. Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.