Nak duit tambahan ?

Thursday, 15 March 2012

Panduan Senang Hamil


Ini susah juga nak cakap ni. Kadang-kadang ada rakan-rakan yang tertekan kerana dah lama kahwin belum dapat zuriat. Apalagi pergi ke mana-mana orang bertanya. Dalam dilema. Hal ni berkait dengan rezeki dan ketentuan Allah. Kita perlu terus berusaha dan berdoa kepada Allah. Ada hikmah di sebaliknya. Bagi sesiapa yang sukar hendak mengandung setelah lama berkahwin atau yang baru berkahwin tapi tak sabar-sabar dah nak timang anak anda boleh cuba beberapa kaedah dan tips yang rakan saya kongsikan dalam ebooknya. Dapatkan di sini atau klik banner di bawah
mudah hamil

Tuesday, 6 March 2012

Mania medan artis bersaing

MENOBATKAN yang terbaik daripada yang terbaik! Itu matlamat program terbaharu Astro berjudul Mania yang dijangka memanaskan industri hiburan seni tanah air. 

Seniman usul tiga cadangan

AHAD lalu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengemukakan tiga usul kepada pihak kerajaan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz. 

Monday, 5 March 2012

NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma

Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.njoi
Pelancaran NJOI  memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk  merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.


Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.
Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah sepertiAstro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang),  Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan  19 stesen radio.
NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat  selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing.
Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau telefon 03-9543 8100.

Friday, 2 March 2012

Burung merpati boleh mengira

Bukti adanya Tuhan…Haiwan tidak mempunyai akal tapi ‘instinct’…Burung merpati sejak dahulu lagi dikenali dengan kebolehannya untuk mencari jalan pulang, tetapi penyelidikan terbaru mendapati haiwan itu turut boleh mengira.

Dr. Damian Scarf dari Universiti Otago di New Zealand berkata, mereka mendapati burung merpati boleh membezakan nombor dari satu hingga sembilan dan menyusunnya mengikut turutan.
Menurutnya, sebelum ini hanya manusia dan beberapa primat lain diketahui mampu mengira.
“Penyelidikan kami bukan sahaja menunjukkan burung merpati mampu mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira.
“Burung merpati mempunyai keupayaan mental yang menakjubkan,” katanya dalam jurnal Sains antarabangsa.
Penyelidikan itu pada mulanya melatih haiwan itu dengan menunjukkannya 35 set daripada tiga gambar dengan setiap satunya berbeza saiz, warna dan bentuk.
Burung itu akan diberikan gandum jika berjaya mengambil gambar yang sama.
Burung itu kemudiannya diuji sama ada boleh mengingati apa yang dipelajari daripada ujian pertama itu untuk membezakan imej nombor lebih banyak serta menyusunnya mengikut turutan dan ia berjaya melakukannya.
“Walaupun keupayaannya masih jauh berbeza berbanding manusia, tetapi ia menunjukkan haiwan yang mempunyai struktur otak yang berbeza dengan manusia masih berupaya melakukan ujian mental yang kompleks dan sebelum ini hanya manusia yang difikirkan mempunyai keupayaan itu,” kata Dr. Scarf.