Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan boleh diterima oleh syarikat rakamannya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.
“Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment