Dang Suria kejam , apa penjelasannya
Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka. Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.”Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu akikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama. Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran. Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga.
.
Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat. Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama. Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat.
No comments:
Post a Comment